12 December 2017

UJIAN DNA DIKETAHUI - WANITA 20-AN MOHON MAAF KAITKAN ARTIS


Wanita berusia awal 20an yang sebelum ini yang pernah mengeluarkan kenyataan dan mendakwa dirinya hamil anak seorang aktor itu memberitahu sudah mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.





Isu wanita yang dihamilkan oleh artis popular itu kini selesai apabila dia sudah melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

Keputusan itu juga sekali gus menepis tuduhan yang dibuat awal bulan lalu sehingga mengaitkan beberapa artis lelaki.

"Saya sudah membuat ujian DNA dan ternyata bukan dengan mana-mana artis dan saya minta maaf jika ada yang menjadi mangsa fitnah selepas kenyataan saya tempoh hari.

Klik untuk gambar besar


"Saya harap dengan kenyataan saya ini dapat menjernihkan nama-nama artis yang terkait," ujarnya.

Dia mengakui kesilapanya dalam membuat tuduhan dengan terburu-buru sehingga memberi persepsi buruk kepada beberapa artis lelaki tanah air.

Wanita berkenaan juga tidak mahu perkara itu dibesarkan lagi berikutan dia juga bakal berkahwin dan memulakan hidup baharu dengan seorang lelaki.



"Saya akui kesilapan saya dalam membuat tuduhan melulu dan menyebabkan beberapa artis terkena tempias. Saya juga bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang sanggup menerima saya seadanya," tuturnya.

Terdahulu, pada pada awal November lalu, wanita berkenaan mendedahkan hamil selepas bertemu semula dengan kekasih lamannya yang juga seorang aktor menerusi aplikasi Bego.

Dia melakukan pendedahan tersebut sebagai meminta pelakon drama itu tampil bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: