28 December 2017

BIRTHDAY ANAK: DIKECAM TAK DENGAN ISTERI PERTAMA - UDE NYAHAKTIF INSTAGRAM?


Pernikahan pelakon Izreen Azminda, 32, dengan pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, kini sudah tidak rahsia lagi apabila perkara tersebut didedahkan.





Sejak ia didedahkan oleh isteri pertama Ude Wahid, pasangan ini menerima kecaman dari netizen sehinggakan mereka berdua terpaksa mematikan fungsi komen di akaun Instagram masing-masing.

Terbaru, Ude dan Izreen telah mengadakan sambutan ulangtahun kelahiran anak Ude bersama isteri pertama, Intan Liana Azman, 32, iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Mushri, 1.

Khabarnya, Izreen telah menempah dua kek untuk meraikan dua adik-beradik itu di kediamannya. Bagaimanapun, sambutan yang turut melibatkan ibu Ude itu tidak melibatkan Intan Liana.

Klik untuk gambar besar


Dalam kapsyen yang ditulis, Izreen mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya kerana sudi datang makan nasi ayam bungkus di rumahnya.

Sebaliknya, Intan melalui akaun Instagramnya memuatnaik gambar-gambar menunjukkan dia menyambut hari lahir anak-anaknya dengan adik-beradik dan rakan-rakannya di tempat dan waktu yang berlainan.

Sehubungan itu, netizen telah menulis komen mengenai Ude di ruangan komen Instagram Intan. Ude disifatkan berlaku tidak adil kerana tidak menjemput Intan yang merupakan ibu kandung kepada anak-anaknya.



Mereka juga menyifatkan Izreen telah meruntuhkan rumahtangga Ude dan Intan. Ude juga tidak ada di majlis di mana Intan menyambut ulangtahun kelahiran anak-anaknya itu.

Namun begitu, seorang netizen telah menegur pengguna Instagram yang disifatkan cuba memfitnah ibu Ude Wahid.

Ude bagaimanapun telah menyahaktifkan akaun Instagramnya, dipercayai kerana komen-komen netizen yang ditujukan kepadanya.

Setakat ini, tidak diketahui mengapa Intan tidak ada bersama-sama menyambut ulangtahun kelahiran anak-anaknya. Diharap semua baik saja buat mereka bertiga.






















www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: