28 December 2017

NAFI PERSENDA AGAMA: "ADATLAH IMAN NAIK TURUN" - SAFIEY ILIAS


Usahawan kosmetik, Safiey Illias satu ketika dahulu pernah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia apabila ingin kembali ke pangkal jalan dan berubah daripada seorang 'mak nyah' ke jantina asalnya.





Malah, Safiey memberikan inspirasi kepada golongan 'mak nyah' lain dan muncul dalam pelbagai program televisyen berceritakan mengenai 'penghijrahannya' itu.

Namun, sejak minggu lalu, nama Safiey kembali mencetuskan kontroversi apabila tampil berpakaian seksi seperti wanita semula, bergambar mesra bersama seorang lelaki dan berhibur di kelab malam.

Lebih mengejutkan rakyat Malaysia apabila Safiey didakwa mahu menjalani pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan satu gambar yang dimuatnaik oleh beliau di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Safiey dilihat sedang memilih silikon payudara disebuah klinik. Tentu sekali tindakan Safiey itu mengundang kecaman netizen yang mendakwa beliau mempersendakan agama.

Bagaimanapun, Safiey tidak berdiam diri dan memuatnaik satu respon mengenai isu tersebut di akaun Instagramnya. Menurut Safiey, adatlah sekiranya iman itu ada naik turunnya.

Bukan mudah untuk kita melakukan perubahan apatah lagi jika sesuatu itu sudah bertahun lamanya sebati dalam diri kita tetapi tidak bermakna kita harus mudah mengalah dan terus hanyut.

Dalam hal ini, Safiey sepatutnya mempunyai azam yang kuat dan cuba untuk terus istiqamah untuk tidak menjadi perempuan semula. Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk Safiey semoga beliau kembali ke pangkal jalan.












www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: