08 December 2017

DIKATAKAN 'GOYANG KAKI' KAHWIN LELAKI KAYA - IZARA RASA BENGANG


Jika sebelum ini bersuara mengenai kerjaya lakonannya yang semakin merundum tempoh hari di laman Twitter, kini pelakon izara Aishah sekali lagi tampil menyatakan kekesalannya apabila dirinya dikatakan hanya perlu duduk rumah dan 'goyang kaki' kerana sudah berkahwin dengan lelaki kaya.





Sejak kebelakangan ini, nampaknya Izara sudah mula rajin memuatnaik status di akaun Twitternya selepas dikatakan sebagai pelakon yang tidak aktif di media sosial sehingga sukar untuk diterima berlakon.

Melihat status terbarunya juga di Twitter, Izara meluahkan rasa bengang dengan sesetengah individu yang berfikiran kolot mengenai wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak lagi perlu bekerja.

Bagaimanapun 'tweet' luahan perasaan Izara nampaknya turut mendapat sokongan peminat, yang rata-rata bersetuju bahawa wanita juga perlu ada punca pendapatan sendiri, biarpun berkahwin dengan lelaki kaya.

Ramai juga menyelar sesetengah orang masih berfikiran kolot seperti itu. Ini kerana Izara diketahui adalah seorang wanita yang tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan lelaki.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Izara baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Tidak dinafikan Adib memang berlatarbelakangkan keluarga yang berada selain mempunyai bidang perniagaan sendiri.

Zaman sekarang wanita seharusnya lebih berdikari dan tidak terus mengharapkan lelaki. Tidak kisahlah berkahwin dengan orang kaya atau sebaliknya.

Perkahwinan itu ibarat satu perjudian hidup, kalau berlaku apa-apa tidaklah seseorang wanita itu akan terus tersungkur jika mempunyai wang simpanan mereka sendiri.










www.myartis.com / Sumber: Izara Aishah Twitter


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: