Setelah sekian lama menanti dan berteka-teki tentang baby AA, akhirnya nama anak sulung pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu itu didedahkan.

Pernah meminta pengikutnya teka apakah nama anaknya melalui Instagram sambil memberi klu huruf hadapan 'AA', kini Amyra menerusi Insta Stories telah berkongsi dimana mereka memilih nama 'Aqeef Anaqi' untuk anak mereka.
Malah, nama akaun Instagram @amyramarjr. turut ditukar kepada nama sebenar anak mereka iaitu 'Aqeef Anaqi'.
Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah dislay picture untuk akaun tersebut juga telah ditukar kepada wajah anak mereka yang lebih jelas kelihatan.
Teruja dengan perkongsian kedua pasangan ini, ruangan komen di IG Aqeef yang kini mempunyai 109k pengikut itu dihujani dnegan ucapan-ucapan positif.
Apapun, semoga Aqeef Anaqi membesar menjadi anak soleh serta berbakti kepada kedua ibu bapanya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Amyra Rosli IG, Amar Baharin IG & Afeeq Anaqi IG
________________________

No comments:
Post a Comment