07 December 2017

GV4: "KALAU BOLEH MAHU SEMBUNYIKAN" - LAN TAK MAHU RAIH SIMPATI


Umum mengetahui mengenai kesihatan penyanyi Lan Solo yang mengalami keracunan makanan teruk hingga menyebabkan buasir sebelum membuat membuat persembahan di minggu suku akhir Gegar Vaganza musim ke-4.





Isterinya, Nur Sheila Hassim sebelum ini mendedahkan perkara tersebut dengan memuatnaik beberapa seleksi gambar menerusi akaun Instagramnya.

Antara gambar yang dimuatnaik menunjukkan Lan sedang terlantar di katil hospital dan berkerusi roda ketika hadir ke sesi latihan. Bukan itu sahaja, Lan turut dilihat sedang 'fitting' baju di hospital.

Bagaimanapun, Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, enggan meraih simpati dan beliau seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan penyakit buasir yang sedang dihadapinya.

"Kalau boleh, saya mahu menyembunyikan penyakit saya. Saya enggan ada yang berkata saya cuba meraih simpati. Sebolehnya atas pentas, saya tak mahu langsung bertongkat di atas pentas.

Klik untuk gambar besar


"Tapi pihak produksi serta beberapa pihak lain menasihati saya agar memakai tongkat supaya dapat menjimatkan tenaga serta tidak memberikan tekanan yang lebih kuat terhadap badan saya," katanya.

Tambah Lan, dia sudah bertawakal sekiranya disingkirkan pada minggu suku akhir GV4.

"Saya memang tak berlatih langsung. Dalam hati saya, jika saya tersingkir, saya sudah bertawakal. Kalau tiada rezeki untuk saya, tak mengapa.

"Saya sudah berusaha sehabis baik dan hanya sempat berlatih dengan betul pada hari Ahad. Alhamdulillah, masih ada rezeki untuk saya bertahan ke minggu seterusnya," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: