07 December 2017

"TAK ADA BERBAUR SEKSUAL, HANYA TARIAN BIASA" - RAF YAAKOB


Tarian pelakon Mawar Rashid di majlis resepsi perkahwinannya itu telah mendapat kecaman serta kritikan teruk sehingga dikatakan gerakan tersebut berbaur seksual.





Bagaimanapun, suaminya, Raf Yaakob tampil mempertahankan tarian isterinya itu dengan mengatakan aksi isterinya menari di majlis tersebut tidak melampaui batas.

"Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.

"Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami," kata Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, aksi Mawar menari di majlis resepsi perkahwinannya menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial mendapat perhatian ramai.

Tak kurang banyak pihak yang melemparkan kritikan terhadap pelakon drama 'Suamiku Paling Sweet' itu sekaligus menganggap tindakannya sebagai perbuatan yang salah dan sebagai wanita tidak patut menari di hadapan khalayak ramai.

Sementara itu, Mawar berkata memang menjadi impiannya untuk menari pada majlis perkahwinannya dan merasakan tarian dipersembahkan bukan keterlaluan.

Pun begitu dia sedar tidak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.



"Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.

"Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira. Takkan hendak bersedih pula.

"Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya. Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian," jelasnya.

Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijabkabulkan pada 9 November lalu.






www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: