06 December 2017

UDE MAHU DIBERI PELUANG: "HANYA EXTEND MASJID, BUKAN RUNTUHKAN" - IZREEN


Sejak terdedah perkahwinan pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam, 32, dengan pemuzik Gegar Vaganza 2017, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, itu sehingga kini masih belum berhenti menerima cercaan netizen yang menganggap pelakon itu sebagai seorang perampas.





Ini kerana isteri pertama Ude, Intan Liana Azman, 32, hanya mengetahui Izreen telah menjadi madunya pada 8 November, kira-kira tiga bulan selepas mereka berkahwin.

Ude bagaimanapun berharap agar orang ramai memberinya peluang untuk memikul tanggungjawab terhadap kedua-dua isterinya itu, dan berhenti memberi komentar yang dikira boleh mengganggu emosi mereka berdua.

"Ada wartawan serbu isteri pertama ketika makan, saya cakap jangan beri sebarang kenyataan. Saya nak beritahu kedua-duanya isteri saya, Intan isteri pertama dan Izreen isteri kedua yang sah.

"Sejujurnya saya tidak mahu menuduh sesiapa. Apa yang saya lihat, memang ada campur tangan dari pihak luarlah, terutama keluarga dan rakan-rakan.

Klik untuk gambar besar


"Saya mohon jangan ada beri kenyataan dan spekulasi buruk yang boleh mengganggu emosi kedua-dua isteri saya. Beri saya peluang untuk jalankan tanggungjawab sebagai suami.

"Intan ada mesej dengan Izreen untuk berbincang tentang hal ini. Mulanya semua okay, tapi saya pun terkejut Intan keluarkan kenyataan tentang hal ini.

"Tetapi tidak mengapa perkara dah berlaku. Buat masa ini belum ada perjumpaan, keadaan masih lagi tegang, akan datang saya akan uruskanlah apabila keadaan semakin tenang.

"Saya berfikiran terbuka, apa yang mereka cakap sebenarnya semua tak tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga saya. Hanya saya dan isteri-isteri saya sahaja yang tahu," kata Ude.



Sementara itu, Izreen memberitahu yang dia bukan perampas kerana dia tidak meruntuhkan masjid yang dibina oleh Ude dan Intan

"Saya kahwin 8 Ogos, empat bulan yang lepas. Saya bukan perampas, kalau saya perampas, dia bukan suami tidak lagi bersama Intan, kita berkongsi sekarang ini.

"Saya hanya extend sahaja masjid itu, saya tidak meruntuhkan masjid itu. Saya faham mana-mana perempuan tidak mahu jadi yang nombor dua, nombor tiga, nombor empat.

"Kalau saya ada pilihan, tiada ketetapan dari awal, saya tak mungkin akan pilih jalan ini. Saya agak terkilan dengan tomahan yang dilemparkan kepada saya.



"Saya tahu saya di tempat kedua, dan saya akan meletakkan diri saya sebawah-bawahnya. Saya bersyukur dia dah terima saya, rela bermadu dengan saya.

"Hopefuly kita buat yang terbaik buat suami kita, ya Intan?," tutur Izreen yang telah memohon maaf terhadap Intan sekiranya ada silap dan salah.

Ada yang mendoakan agar Ude berkahwin dengan isteri ketiga dan keempat supaya Izreen memahami perasaan Intan, namun begitu, Izreen berkata dia reda jika Ude berbuat demikian kerana ia adalah takdir.

Izreen juga turut memberitahu dia ada membantu keluarga besarnya, tambahan pula Intan tidak bekerja dan Izreen hanya membantu apa yang perlu sahaja.

Terdahulu, Ude telah mengahwini Izreen pada 8 Ogos lepas di Damansara, berwalikan bapa Izreen. Ia bagaimanapun dirahsiakan oleh mereka berdua dan keluarga Izreen.






www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: