06 December 2017

MOHON MAAF KEPADA SUAMI - SITI SARAH NAFI DIET BERLEBIHAN


Sebelum ini, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dilaporkan ditahan di hospital beberapa hari kerana mengalami tekanan darah rendah.





Namun, berita itu digembar-gemburkan apabila segelintir pihak mendakwa amalan diet yang berlebihan menyebabkan penyanyi lagu 'Kesetiaan itu' jatuh sakit.

Bagaimanapun, Sarah tampil menafikan dakwaan terbabit menjadikan punca dirinya dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

Jelasnya, kesihatannya terjejas kerana bebanan kerja yang banyak sehingga kepenatan dan kesakitan yang dilaminya itu bak malaikat mahu mencabut nyawa hingga membuatkan beliau memohon maaf kepada suami, Shuib Sepahtu

Klik untuk gambar besar


"Saya juga manusia biasa. Ada kalanya saya leka dan terlupa untuk menjaga pemakanan. Bukan kerana diet terlampau seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak. Saya terasa seperti hendak mati ketika itu.

"Jadi saya ambil pendekatan memohon maaf daripada Shuib kerana tidak pernah berhadapan situasi seperti itu. Diet bukan bermaksud menahan lapar, sebaliknya menukar rutin pemakanan kepada pilihan lebih sihat," tuturnya.

Tidak hairanlah Sarah yang juga kini aktif dalam perniagaan semakin cantik dan awet muda. Tapi tak sangka pula kesakitan yang dialami Sarah agak berat. Semoga Sarah lebih menjaga kesihatan selepas ini.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: