09 December 2017

DILANTIK JADI 'NON-EXECUTIVE INDEPENDENT DIRECTOR' - NEELOFA TERUJA


Tahniah kami ucapkan kepada Noor Neelofa Mohd Noor apabila sekali lagi membuktikan dirinya bukan calang-calang wanita dalam dunia perniagaan apabila dilantik sebagai 'Non-Executive Independent Director' syarikat penerbangan AirAsia.





Pelantikan pelakon, pengacara dan usahawan itu diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, ciri-ciri yang ada pada Neelofa menepati pilihan mereka.

"Pihak kami amat gembira dan mengalu-alukan pelantikannya. Pengalaman Neelofa sebagai seorang usahawan, pencipta jenama amat bernilai kepada AirAsia.

"Dia juga boleh memberikan pendapat dan pandangan baru yang lebih segar untuk perniagaan kami yang kini menuju ke arah syarikat penerbangan digital," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Tony lagi, Neelofa merupakan seorang wanita yang sangat bijak dan merupakan penambahan yang baik kepada lembaga pengarah memandang pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama dan inovator industri.

"Neelofa menepati ciri-ciri yang kami perlukan untuk terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik.

"Selain itu itu, reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka negara dan tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan juga menjadi inspirasi kepada kami.

"Tidak sabar rasanya untuk bekerja bersama Neelofa," katanya dalam satu kenyataan yang dibuat semalam.



Dalam pada itu, Neelofa juga akui berasa teruja untuk menyertai keluarga AirAsia kerana mewakili Generasi Y bagi menyuarakan pandangan.

"Saya berasa teruja dan gembira untuk menggalas peranan baru dan ini juga merupakan cabaran buat diri saya. Kejayaan ini bukan hanya milik saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana.

"Selama tujuh tahun saya meneroka industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang.

"Terima kasih AirAsia kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya," ujarnya yang merupakan seorang selebriti berjaya yang telah menceburi bidang keusahawan dan membina empayar perniagaannya sendiri menerusi jenama 'Naelofar Hijab'.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: