Nampaknya impian Mia Ahmad, 29, dan suaminya penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi ingin menimang cahya mata pertama tidak kesampaian apabila pelakon itu mengesahkan dirinya mengalami keguguran.

Bagaimanapun, Mia yang kini sedang bercuti di London belum bersedia untuk berkongsi berita sedih tersebut kepada umum.
"Ya, betul saya keguguran. Tapi bila, kenapa dan lain-lain soalan lagi saya tidak dapat kongsi buat masa sekarang. Maaf ya," ujarnya ketika diminta mengulas tentang beberapa foto dan kata-kata sedih yang dimuatnaik di laman sosial.
Selain itu, salah satu gambar suaminya mendapat perhatian ramai apabila Mia memberitahu dia tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.
Klik untuk gambar besar

Malah, dia turut muatnaik sebuah video yang memberitahu produk kesihatan yang diambilnya itu bukan sahaja bagus kepada wanita lepas bersalin tetapi juga untuk individu yang mengalami keguguran sepertinya.
Dalam pada itu, Mia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan yang terbaik buat dia dan suami.
"Cakap yang baik-baik, bahagian masing-masing dan ini bahagian kami. Kepada yang mendoakan, terima kasih. Semoga kebaikan juga yang Allah balas," katanya.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.



www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment