17 December 2017

GELARAN 'DATUK' DIPERTIKAI: "TAK PUNYAI ILMU, BAIK DIAM" - FARID KAMIL


Berita penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon terkenal tanah air iaitu Farid Kamil, 36, dan Aaron Aziz, 41, itu hangat diperkatakan.





Berbanding Aaron, ramai mempertikaikan kelayakan Farid menerima gelaran tersebut apabila diukur soal pencapaian kariernya. Malah, ada yang bertanya apakah sumbangan Farid sehingga layak untuk bergelar 'Datuk'?

Menerusi akaun Instagram Farid, penuh ruangan komen dipenuhi dengan pertanyaan jasa-jasa yang dicapai oleh pelakon itu sehingga melayakkan beliau mendapat gelaran 'Datuk'.

Ada juga seakan memerli, sudah menjangka anugerah yang diterima, daripada negeri Pahang. Lebih dasyat lagi apabila ada juga memberikan komen pedas dengan mendakwa gelaran 'Datuk' zaman sekarang mudah dibeli jika mempunyai wang ringgit.

Tidak menghiraukan kecaman segelintir netizen, Farid meminta netizen lebih baik diam daripada memberikan sebarang komen kerana mereka tidak ada ilmu tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

Klik untuk gambar besar


"Siapa netizen yang mengecam itu? Yang menganugerahkan darjah ini adalah atas titah Sultan Pahang. Mereka ini (netizen) tidak mempunyai ilmu dan pembelajaran khusus mengenai adat Kesultanan Melayu Pahang, lebih baik mereka diam," kata Farid.

Dalam pada itu, Farid yang merasa syukur atas pengurniaan darjah tersebut mengakui ia adalah detik paling berharga sepanjang beliau bergelar anak seni. Farid juga lebih bersemangat untuk terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Sementara itu, Aaron menganggap pengurniaan darjah kebesaran itu memberinya semangat untuk terus menyumbang bakti dalam aktiviti kemasyarakatan.

Apapun, tahniah sekali diucapkan kepada Farid dan Aaron. Semoga gelaran ini menaikkan lagi semangat untuk terus berkarya.












www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: