16 December 2017

WAN NOR AZLIN MAHU AJAK RAKAN ARTIS LEBIH DEKAT DENGAN ALLAH


Sudah sekian lama berubah penampilan, pelakon Wan Norazlin, 49, mengakui menjadi peranannya untuk melakukan teguran kepada rakan-rakan artis sekiranya mereka melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.





Menurut Wan, semenjak menghadiri kelas agama, dia sering memberi teguran kepada rakan artis terutamanya ketika di set penggambaran.

"Jika saya lihat ada sesuatu yang tidak betul di set penggambaran, memang tanggungjawab saya untuk menegur.

"Tapi teguran itu biasanya dalam bentuk mengajak ke arah kebaikan dan bercerita, bukannya menghukum mereka.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak kisah sekiranya individu yang ditegur tidak dapat menerima apa yang cuba saya sampaikan," katanya.

Sementara itu, Wan memaklumkan dia menggunakan laman Instagram miliknya untuk mengajak rakan-rakan artis dan karyawan menyertai kelas pengajian agama.

Malah, Wan berasakan sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang muslim untuk melakukan dakwah.

"Bila kita belajar agama, memang salah satu tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu. Saya menggunakan laman sosial untuk mengajak rakan-rakan supaya lebih dekat dengan Allah.



"Jika ada kelapangan, mereka boleh sertai kelas yang saya hadiri," kata pelakon drama 'Syurga Yang Kedua' yang mempunyai 70 episod.

Dalam pada itu, pelakon telefilem 'Air Mata Ibu' itu mengakui jiwanya lebih tenang semenjak menghadiri kelas agama.

"Tiada sebab lain, semua ini untuk diri sendiri. Apabila belajar agama, jiwa lebih tenang. Saya banyak belajar dari kejahilan lalu, kini saya mahu bersihkan jiwa dan roh," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: