04 December 2017

ISU RAHSIAKAN PERKAHWINAN - IZREEN AKUI SUAMI SURUH, MOHON MAAF


Tindakan pelakon Izreen Azminda, 32, dan suami yang dinikahnya pada 8 Ogos lalu, menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri pertama telah membuatkan netizen meluahkan rasa marah.





Ingin meleraikan kemarahan, Izreen menerusi laman Instagramnya tampil menjelaskan dan menjawab spekulasi mengenai perkahwinannya dengan seorang pemuzik bebas yang juga sudah beristeri dan mempunyai dua anak.

Kata Izreen, beliau terpaksa rahsia berita perkahwinan kali keduanya itu adalah atas permintaan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

"Saya ingin memohon maaf kerana tidak memberitahu berita ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai status saya..

"Saya faham status saya sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini iaitu mengenai pernikahan saya bersama suami.. Muhammad Radzi Abdul Wahid yg telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung saya di Sunway Damansara pada 8 Ogos 2017 lalu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat shj..

Klik untuk gambar besar


"Memandangkan status saya sebagai isteri juga.. saya terpaksa akur dgn permintaan suami supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya..

"Majlis diadakan bersederhana shj mengikut hukum syarak... Dan terima kasih buat teman-teman rapat.. keluarga dan keluarga mentua kerana memegang amanah ini sebaiknya sehingga kenyataan dikeluarkan dengan keizinan suami...," jelas Izreen

Dalam masa sama, Izreen juga turut berharap tiada lagi cakap-cakap mengenai hal ini sebagaimana beliau mahu melayari perkahwinanya dengan bahagia.

"Cuma yang saya harapkan.. hentikanlah sebarang kenyataan yg anda sendiri tidak tahu apa yg terjadi dlm rumah tangga kami.. dan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat..



"Seperti yg saya katakan.. tidak perlu sy mencari bukti utk menunjukkan kebenaran.. kerana kebenaran yg sebenar akan dtg dgn sendiri tentang apa yg terjadi..

"Itu biar masa yg menentukan... cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan intan...amin 🙏," tuturnya.

Untuk makluman, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza pada 2012 dan bercerai 2014. Mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia empat tahun.

Manakala bagi Ude dan Intan Liana Salih yang telah berkahwin empat tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan.






www.myartis.com / Sumber: Izreen Azminda IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: