04 December 2017

20 GAMBAR - AKSI COMEL FATTZURA DI MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR


Alhamdulliah... tahniah kami ucapkan kepada keluarga pelakon popular Fattah Amin yang telah menerima dua menantu dalam masa dua minggu.

Nampaknya... semakin besar dan meriahlah keluarga Mohd Amin dan Ibu Zah selepas ini ya!





Menariknya, Fattah dan isterinya yang juga seorang pelakon, Nur Fazura turut menjadi perhatian sepanjang majlis berlangsung.

Menerusi pemerhatian selepas melihat beberapa video yang tersebar di Instagram, peminat mula memanggil Fattah dan Fazura dengan gelaran Abang Long dan Kak Long.

Kami difahamkan majlis perkahwinan adik kedua Fattah yang dipanggil 'Angah' ini telah berlangsung pada Jumaat (akad nikah) dan majlis persandingan berlangsung sehari selepas itu iaitu pada hari Sabtu (kelmarin).

Klik untuk gambar besar


Dalam majlis tersebut, Fattah dilihat tidak melepaskan genggaman tangan isterinya walau sesaat pun! Amboii sweetnya...!!

Dalam pada itu, ada juga peminat yang mengusik nakal dan memberi komen: "Abang Long sayang sangat dekat Kak Long sebab itu tangan tak lepas-lepas dari tadi".

Apapun, kami dah tak sabar nak tunggu majlis resepsi Fattah dan Fazura yang dijangka berlangsung pada Januari depan.






































www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin 

for WordPress, Blogger...

No comments: