04 December 2017

DISERANG ISU IZREEN: "SAYA ADA BERI NASIHAT" - RITA RUDAINI


"Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia. Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang," kata pelakon Rita Rudaini.





Ini kerana Rita juga turut terkena tempias kecaman netizen gara-gara pernikahan rahsia dan poligami rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Izreen Azminda.

Rita menerima 'serangan' daripada mereka yang menganggap Rita sebagai rakan sepatutnya memberikan nasihat kepada Izreen agar tidak mengganggu ataupun menjadi perampas suami orang.

Bagaimanapun, Rita menjelaskan yang beliau telah memberi nasihat kepada Izreen itu namun sudah suratan rakan baiknya itu bermadu.

Klik untuk gambar besar


"Cuma sebagai kawan, kami hormati hak peribadi Izreen dan mendoakan dia bahagia dan dapat membantu suaminya berlaku adil dalam kehidupan berpoligami.

"Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang.

"Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya," ujarnya.

Dalam masa sama, Rita juga tahu yang hidup berpoligami ini bukan mudah dan beliau berharap Izreen dapat menempuhi setiap dugaan dengan tabah dan sentiasa cuba untuk menjaga hati isteri pertama Ude.






www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: