Pada 2 Disember lalu, majlis resepsi bagi pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah berlangsung secara tertutup dengan memilih tema 'Enchanted Garden'.

Apa yang mencuri tumpuan ramai ialah kek perkahwinan pasangan ini yang mempunyai ketinggian 13 kaki dengan dihiasi 7,777 kristal Swarovski.
Bukan hanya kek sahaja, malah gelagat Mawar menari 'gelek' ketika majlis resepsinya itu juga turut mendapat perhatian.
Klik untuk gambar besar

Persembahan Mawar di majlis tersebut mengundang kecaman netizen yang menganggap pelakon itu sepatutnya tidak menari sebegitu di depan orang ramai dan lebih elok untuk menjadi tatapan suaminya di dalam bilik sahaja.
Ramai yang kecewa kerana majlis perkahwinan tersebut terlalu ingin mengikut budaya barat sehingga melupakan nilai serta adab sebagai seorang Muslim.
Tidak salah untuk menari di majlis resepsi perkahwinan asalkan koreografinya tidak terlampau dan mengundang fitnah serta kritikan.



TARIAN 'GELEK' MAWAR YANG MENERIMA KECAMAN
ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________

No comments:
Post a Comment