24 December 2017
ISU TAMPIL SEKSI: "ADA MARUAH, MAHU JADI DIRI SENDIRI" - TASHA SHILA
"Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah.
"Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-budak lagi.
"Saya bukan manusia hipokrit dan hanya mahu menjadi diri sendiri. Saya tidak rasa pakaian yang digayakan itu keterlaluan seolah-olah sengaja mencari perhatian umum," kata pelakon Tasha Shila, 31, yang kecewa dengan tuduhan sebegitu.
Kontroversi Tasha memuatnaik foto seksi menampakkan bahagian belakang badan dan memakai seluar pendek seksi menjadi bualan hangat netizen.
Klik untuk gambar besar
Ada yang mendakwa pelakon itu cuba meraih publisiti murahan dan sudah lupa pada janjinya untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Dalam pada itu, Tasha akui sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak mahu terlalu ambil pusing dengan segala komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.
"Bagi yang mengenali, mereka tahu cara pemakaian yang saya selesa. Gambar itu diambil ketika saya bersama ibu dan adik bercuti di Pulau Langkawi dan Koh Lipe, Thailand.
"Saya tidak boleh elak dikecam netizen. Saya sudah lali kerana mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia," katanya.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment