12 December 2017

JANTINA ANAK - SITI NURHALIZA AKAN MAKLUMKAN BILA TIBA MASA


Penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza kini hamil enam bulan itu enjelaskan yang dia akan memaklumkan mengenai perkembangan serta jantina bakal bayi sulung mereka bila tiba masa nanti.





Kata Siti, beliau mahu menghormati kehendak suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad (Datuk K) yang tidak selesa untuk berkongsi.

"Nantilah, kena tunggu masa dulu. Lagipun, suami tak berapa gemar sangat nak berkongsi sebab ia masih dalam perut dan belum cukup sifat lagi. Jadi, saya kena akur," tuturnya.

Sebelum ini, pelantun lagu 'Segala Perasaan' ini memuatnaik video ketika melakukan imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya menerusi akaun Instagramnya (IG), baru-baru ini.

Bagaimanapun, video itu didapati sudah dipadamkan daripada akaunnya, tidak lama selepas itu.

Klik untuk gambar besar


"Tak ada apalah, semua itu sebab saya rasa seronok. Saya bukan nak berahsia sangat tapi nantilah. Bila tiba masa, baby boy atau girl, pasti akan tahu juga nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun ini mengakui tahap kesihatannya semakin baik. Bahkan, katanya, doktor turut menasihatkan untuk terus bergiat aktif.

Pada masa sama, penyanyi lagu 'Terbaik Bagimu' ini juga bersyukur apabila alahan yang dialami semakin berkurangan.

"Alahan itu masih ada, tapi dah berkurang sikit, cuma ia tak tentu dan bergantung pada mood. Tapi, saya masih tak boleh makan makanan pedas sedangkan itu kegemaran saya," katanya.








www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: