12 December 2017

ISU ELYANA & PAMOGA: "TAK TERGURIS HATI, SAYA MOHON MAAF" - VIDA


"Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula.





"Semasa program bersiaran langsung, saya tanya Aishah dia guna produk saya itu atau tidak, sebab saya mahu kepastian dan jawapan jujur.

"Saya bukan perli Elyana atau sesiapa, saya tidak bermaksud begitu dan hanya mahu dapatkan maklum balas yang jujur daripada pengguna," kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Beliau berkata demikian bagi menafikan kenyataan dibuat pada separuh akhir siaran langsung musim ke-4, Gegar Vaganza (GV4) yang dikatakan ditujukan kepada bekas peserta program realiti itu, Elyana.

Vida juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit kanser tahap 4 boleh sembuh sehingga turun ke tahap 2 kerana mengamalkan Pamoga.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, Vida memberitahu, dia tidak terasa hati dengan perkongsian dibuat Elyana secara 'live' menerusi Instagram yang menafikan dirinya mengamalkan produk Pamoga yang diasaskannya.

"Bagaimanapun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk menyimpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya mengguris perasaan Elyana.

"Saya memahami keadaannya... Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana.

"Saya faham, orang sedang menanggung kesakitan ni kadang-kadang ada emosi sikit. Bagaimanapun, saya doakan dia cepat sembuh dan dipermudahkan menjalani kehidupan harian," tuturnya.



Menerusi perkongsian 'live' itu, Elyana mendedahkan beliau tidak pernah meminum Pamoga kerana kandungan gula yang banyak serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.

Elyana turut meminta mana-mana pihak tidak mengaut keuntungan mudah selepas dia mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap empat.

Sementara itu, Vida berkata yang dia tidak mengetahui punca Elyana meluahkan perasaan tersebut di Instagram.

"Saya tak sempat lagi nak tengok rakaman video tersebut tapi saya rasa tak ada pula sakitkan hati dia sepanjang GV ini.



"Kalau Elyana jujur beritahu tidak menggunakan produk saya pun tidak apa, saya tak kisah kerana ramai yang sudah mendapat manfaatnya," ujarnya.

Terdahulu, Elyana yang mengumumkan beliau menghidap penyakit kanser Limfoma tahap 4 memberitahu tenaganya bertambah setelah meminum Pamoga ketika temubual secara langsung di Gegar Vaganza bersama Vida.

Menurut penyanyi yang popular menerusi lagu Kalis Rindu', beliau berkata sedemikian semata-mata kerana ingin berbudi bahasa dengan Vida.

Dua minggu lalu, Elyana mengejutkan peminat dan rakan artis apabila mengaku sudah lima tahun bertarung dengan penyakit kanser. Berikutan itu, beliau dihujani sokongan peminat yang mendoakan penyakit itu cepat sembuh.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: