11 December 2017

MOHON MAAF PERTIKAI WANITA BERTUDUNG - RAF YAAKOB AKUI TERLANJUR KATA


"Apa guna bertudung kalau hati hitam" demikian petikan kenyataan suami kepada Mawar Rashid, Raf Yaakob yang mengundang kecaman netizen minggu lalu.





Meskipun berkata jangan mudah menghakimi orang dari luaran tetapi Raf juga sebenarnya sedang menghakimi seseorang serta menyentuh isu yang agak sensitif berkaitan pemakaian tudung.

Sedar ia sudah menjadi isu yang agak besar, Raf menerusi Insta Stories di akaun Instagramnya telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam status itu juga, Raf akui beliau sudah terlanjur dalam berkata-kata dan menyinggung hati ramai pihak.

Harapnya selepas ini, Raf tidak lagi terlalu mengikut perasaan marah dan memuatnaik kenyataan sensitif di media sosial.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: