20 December 2017

SEBELUM TAMBAH ANAK - AERIL ZAFREL MAHU PASTI STABIL DULU


Tidak mempunyai perancangan untuk menambah zuriat yang ketiga buat masa sekarang, pelakon Aeril Zafrel, 29, memberitahu yang dia mahu kehidupan keluarganya dalam keadaan stabil terlebih dahulu.





"Saya dan Wawa tidak ada lagi perancangan untuk menambah anak yang ketiga dalam waktu terdekat ini.

"Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi.

"Saya pun ada merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan bila semua dah stabil barulah fikir tentang anak ketiga," katanya.

Tambah suami kepada pelakon Wawa Zainal ini, dia tidak mahu terlalu terburu-buru memandangkan kedua anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2 masih kecil.

Klik untuk gambar besar


Malah, Wawa juga ada mempunyai beberapa perancangan untuk membawa keluarganya bercuti di luar negara dalam waktu terdekat.

"Lagipun anak pertama dan kedua masih kecil. Saya dan Wawa perlu beri tumpuan sepenuhnya pada mereka.

"Tambahan pula, Wawa pun mempunyai beberapa perancangan untuk bercuti ke luar negara, jadi saya ikutkan sahaja," ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: