20 December 2017

IKUT NASIHAT - RAMONA & SUAMI BELUM SEDIA DEDAHKAN BABY GIRL


"Ibu dan ibu mertua minta saya untuk tidak berkongsi gambar bayi ketika masih dalam pantang, jadi saya ikut sajalah nasihat orang dulu-dulu," kata pelakon Ramona Zamzam yang mendapat nasihat daripada keluarga supaya tidak memuatnaik foto anak sulungnya di laman sosial.





Dek kerana itu, Ramona dan suaminya, Rami Alashkar belum bersedia berkongsi foto dan nama bayi perempuan mereka yang kini sudah memasuki usia dua minggu.

"Memang ramai yang bertanya tentang hal ini, tiba masanya nanti saya akan kongsikan dengan peminat wajah baby kami," jelasnya ketika diminta menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa foto bayinya itu tidak dimuatnaik di laman sosial.

Klik untuk gambar besar


Bekas finalis Dewi Remaja 2009/10 ini selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 7 Disember lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengalaman melahirkan zuriat merupakan saat paling indah dalam hidup Ramona.

Sementara itu, Ramona memaklumkan sudah mendaftarkan nama puteri sulung mereka, namun masih belum bersedia mengumumkan nama tersebut.

"Sekarang baby sudah berusia hampir dua minggu. Nama dah ada, apabila tiba masa kami akan kongsi nama anak. Nama yang diberi membawa maksud yang baik-baik dan mudah untuk diingati!," ujarnya.



Dalam pada itu, Ramona yang bernikah dengan Rami pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun itu turut berkongsi pengalaman bergelar seorang ibu.

"Pengalaman menjadi ibu, saya berada dalam bilik bersalin hampir 12 jam. Alhamdullilah, bayi selamat dilahirkan secara normal.

"Syukur kerana suami sentiasa ada disisi dan memberi semangat kepada saya sepanjang melalui saat-saat mendebarkan itu," ceritanya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: