Semua mengetahui mengenai drama 'My Coffee Prince' versi Malaysia yang dilakokan oleh pelakon utama Fattah Amin dan Janna Nick yang kini sedang ditayangkan.

Drama tersebut yang mendapat jumlah tontonan yang agak tinggi itu turut menarik minat penerbit serta pengarah tersohor, Erma Fatima.
Menurut Erma dalam satu muatnaik terbarunya di akaun Instagram, beliau cukup 'enjoy' melihat lakonan serta keserasian Fattah Amin dan Janna Nick dalam drama tersebut.
Bagaimanapun, ada seorang pengikut yang mendakwa lakonan Fattah masih lagi 'kayu' meskipun aktor itu sudah membintangi beberapa drama popular.
Klik untuk gambar besar

Namun, siapa sangka Erma membidas komen pengikutnya itu dan memuji Fattah sebenarnya mempunyai bakat dalam bidang lakonan cuma beliau masih belum diberi peluang untuk membawakan watak yang lebih mencabar.
Kenyataan balas Erma terhadap pengikut tersebut itu telah membuatkan rata-rata netizen bersetuju dengannya dan mengakui lakonan Fattah sudah bertambah baik.
Pada kami lakonan Fattah sudah ada banyak perubahan berbanding sebelum ini cuma sesetengah orang masih lagi tidak boleh mengubah persepsi mereka terhadap Fattah dan tetap menganggap beliau pelakon 'kayu'.
Buat Fattah, bersabarlah dengan segala kecaman netizen, teruskan usaha untuk menggilap lagi bakat lakonan anda.




www.myartis.com / Sumber: Erma Fatima IG
________________________

No comments:
Post a Comment