21 December 2017
ZURIAT BAKAL LAHIR MAC 2018 - SITI NURHALIZA HADIAHKAN 'LAGU ISTIMEWA'
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, yang teruja dengan kehamilan pertama yang kini sudah memasuki enam bulan itu memberitahu yang beliau mahu menghadiahkan bakal zuriat pertamanya itu sebuah 'lagu istimewa'.
Siti yang dijangka bersalin pada bulan Mac tahun depan berkata, ilham lagu tersebut tercetus ketika beliau sering menyanyi di dalam bilik air.
"Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir.
"Idea datang ketika dalam bilik air dimana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Meskipun mendapat idea mencipta lagu tersebut sejak bulan lalu, pelantun lagu 'Segala Perasaan' ini memberitahu yang beliau belum siap menulis lirik dan mempunyai tajuk yang sesuai untuk lagu tersebut.
"Belum ada tajuk lagi mungkin bila sudah buat lirik nanti baru ada idea untuk tajuk," tuturnya.
Sementara itu, ditanya tentang jantina bayi yang sedang dikandungkan itu, Siti berkata, dia masih menunggu lampu hijau suaminya untuk dikongsikan kepada umum.
Siti turut berkata, nama untuk bayi tersebut juga akan bermula dengan Siti jika perempuan, manakala bermula dengan huruf A bagi anak lelaki.
"Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri 'green light' baru saya kongsikan dengan peminat," katanya yang bernikah dengan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006.
Apapun, kami doakan semoga Siti baik-baik sahaja melalui kehamilan ini sehingga proses bersalin nanti.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment