21 December 2017

TAK KISAH DISLIKES 333K - SAJAT NAFI BUAT MUKA, BENGKAK SEBAB 'CROWNING'


"Tak kisahlah uols, uols nak dislike ke, like ke. Yang penting view I 3.7 millions. Ha, kan? Kau rasa? Tak meletup? Tak menangis?





"Yang penting uols tengok. Nak tak nak uols kena tengok juga, kan? Uols nak tengok juga. Malas nak cakaplah, blah, blah," kata usahawan kosmetik, Nur Sajat, 32, yang tidak terkesan kerana yang penting baginya ialah ramai menonton video muzik tersebut.

Sebelum ini, pengasas produk D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dan pelik apabila lagu nyanyian dengan Sajat bertajuk 'Abang Nak Tegur' mendapat dislikes yang ketara banyak dari yang likes.

Setakat hari ini, video muzik 'Abang Nak Tegur' yang dimuatnaik pada 23 November lepas itu telah mendapat lebih 3.8 juta tontotan, 42,000 likes tetapi mendapat 333,000 dislikes.

Klik untuk gambar besar


Ramai mendakwa suara Sajat menjadi punca dia menerima sekian banyak dislikes. Versi kedua lagu itu yang menampilkan isteri Aliff iaitu Datin Seri Nurshahida lebih diterima netizen hanya menerima 23,000 dislikes berbanding 281,000 likes.

Sementara itu, Sajat yang kini bergelar penyanyi itu menafikan tuduhan liar netizen yang mendakwanya membuat pembedahan di bahagian wajah untuk kelihatan lebih jelita.

Semuanya bermula apabila Sajat memuatnaik gambar wajahnya yang kelihatan agak bengkak di bahagian bibir.



"Saya melakukan proses 'crowning' gigi. Proses itu sangat rumit. Saya pula seorang yang sensitif, bayangkan jika saya sakit gigi pun boleh bengkak satu muka, apatah lagi apabila melakukan proses 'crowning'.

"Sebab itu wajah saya kelihatan agak bengkak kerana sedang mengalami kesakitan. Proses itu melibatkan 20 batang gigi. Saya bukannya buat muka atau melakukan pembedahan.

"Saya hanya buat rawatan wajah sahaja menerusi bisnes yang saya usahakan di Nur Sajat Beautician dan Nur Sajat Aesthetics. Tiada pembedahan pun," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Instagram Melodi TV3, Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: