Kelakuan pelik pelakon Iqram Dinzly, 36, mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit.

Bukan itu sahaja, malah Iqram turut berswafoto di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.
Tidak cukup dengan itu, Iqram kembali mencuri perhatian lagi apabila menunjukkan beberapa aksi pelik menerusi perkongsian di Instagram 'live' baru-baru ini.
Aksi tersebut sekaligus mengundang kecaman sesetengah pengguna media sosial. Rata-rata menanggap pelakon ini kurang waras dan sengaja menunjukkan kelakuan berbaur lucah.
Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun, Iqram tidak mempedulikan kritikan tersebut sebaliknya menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.
"Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai perilakunya dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.
"Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.
"Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.

"Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya," katanya.
Dalam masa sama, Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersamanya selama ini.
Disamping itu, Iqram atau nama penuhnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin juga turut memaklumkan yang dia kini mahu dikenali sebagai 'Princhiqy Dinzly'.
"Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang," ujarnya yang kehilangan bapa, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said yang meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________

No comments:
Post a Comment