Pelakon Fathia Latiff menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa kecewa apabila dirinya dikecam teruk oleh peminat hingga menggelarnya 'kafir' gara-gara memuatnaik foto lama tidak berhijab.

Individu tersebut menuduh dirinya ingin menjadi orang 'kafir' gara-gara tidak bersetuju dengan tindakan aktres itu memuatnaik foto 'throwback'.
Kata Fathia, panggilan tersebut sangat sensitif dan melampau apatah lagi jika ia ditujukan buat seseorang yang beragama Islam.
Tidak tahan dengan komen netizen, Fathia nampaknya sudah memadam foto yang mengundang kontroversi itu daripada akaun Instagramnya.
Klik untuk gambar besar

Beberapa hari lalu, Fathia ada memuatnaik gambar lama, menunjukkan beliau memakai topi dan tidak bertudung.
Ramai mempersoalkan tindakan pelakon itu yang sengaja mencetuskan kontroversi lagi, walaupun ruangan komen pada gambar sudah awal ditutup olehnya.
Bermacam andaian dibuat bila Fathia memuatnaik gambar tersebut, ada menganggap beliau bakal mengikut langkah Uqasha Senrose, ada juga mendakwa Fathia hanya mencari publisiti murahan kerana sudah tidak laku.
Manusia itu tidak sempurna dan apalah hak kita untuk panggil orang lain 'kafir'. Adakah diri kita sendiri sudah cukup baik sebagai seorang muslim?







www.myartis.com / Sumber: Fathia Latiff IG
________________________

No comments:
Post a Comment