11 December 2017

STATUS IG MADU TIMBUL SPEKULASI : "DIA BELI JIWA SAYA & ANAK" - IZREEN


Isu perkahwinan pelakon Izreen Azminda, 32, dengan pemuzik bernama Ude, 29, itu sehingga hari ini masih lagi menjadi bualan netizen walaupun sudah lebih seminggu berlalu.





Malah ada juga yang tertanya, bagaimana Izreen boleh terpikat dengan suami orang serta rela untuk hidup bermadu?

Menurut Izreen, kasih sayang yang diberikan oleh Ude terhadap beliau dan anaknya, Adrian Umar membuatkan pintu hati Izreen terbuka untuk berkahwin lagi.

"Benda pertama adalah, dia boleh beli jiwa saya dan anak saya. Saya dikenali sebagai artis yang bukan mengejar wang ringgit dan saya tak kisah akan soal itu. Pada saya, harta dan wang ringgit boleh sama-sama mencari, tetapi kasih sayang itu mahal harganya.

Klik untuk gambar besar


"Walaupun saya reda dengan takdir terpaksa berkongsi hidup dengan wanita lain, saya anggap ini akan pengorbanan untuk mempertahankan cinta kami juga.

"Pada saya, ini adalah takdir saya dan kena hadap meskipun orang akan mengata macam-macam. Sampai masa, orang akan senyap dan kita akan teruskan hidup macam biasa sahaja mengikut cara kita.

"Saya sudah semakin reda dengan perkongsian ini dan walau muda, sifat kebapaan terserlah dalam diri dia. Itu buat kami sayang, suka sangat dengan dia dan setuju untuk berkahwin dengan dia walaupun tahu dia adalah suami orang.

Bukan mudah untuk masyarakat menerima hakikat Izreen bernikah dengan suami orang tetapi beliau tidak mahu ambil pusing dengan segala kritikan netizen. Saat ini, Izreen hanya ingin menikmati kebahagiaan dan kemanisan rumah tangga bersama suami tercinta.



Disamping itu, madu Izreen iaitu Intan Liana Azman yang juga berusia 32 tahun tidak mengeluarkan sebarang komen lanjut mengenai kisah rumahtangganya setelah membuat pendedahan perkahwinan mereka bertiga.

Terdapat juga beberapa cerita kurang enak yang sedang beredar mengenai perkahwinan mereka bertiga, namun kesahihan cerita-cerita itu tidak dapat dipastikan kerana masing-masing mengambil pendekatan mengunci mulut.

Terbaru, Intan telah memuatnaik satu Instagram Story menunjukkan dia sedang bersedih namun terpaksa memendamkan saja kesedihannya.



Tidak dapat dipastikan luahan Intan ini merujuk kepada apa, namun netizen berspekulasi bahawa ia merujuk kepada keadaan Intan setelah mengetahui suaminya telah mengahwini Izreen 8 Ogos lepas, dan dia hanya mengetahuinya pada 8 November lepas iaitu tiga bulan setelah mereka berkahwin.

Tambah menimbulkan spekulasi, apabila Ude telah memuatnaik status di Instagramnya seolah-olah membidas seseorang dengan menulis beberapa hashtag yang panjang selepas itu.

Intan juga menulis beberapa story meluahkan kerinduan terhadap anaknya. Tetapi selagi tiada kenyataan rasmi, maka spekulasi hanya tinggal spekulasi.

Diharapkan mereka bertiga akan berdamai dan menjalani hidup berpoligami dengan rukun dan aman. Ada banyak contoh di sekitar kita mengenai amalan poligami yang tampak aman dan adil misalnya Ashraf Muslim dan dua isterinya.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: