11 December 2017

KRISIS ADIK BERADIK - AZWAN ALI AKUI DIRINYA DEDAK, MACAI NO.1 UMNO


Nampaknya kini masih terasa lagi meskipun bahang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sudah berakhir apabila Azwan Ali tampil mengeluarkan kenyataan berani baru-baru ini.





Apa yang pasti, pengakuan selebriti berusia 51 tahun yang lebih dikenali sebagai Diva AA itu adalah demi melawan darah dagingnya sendiri.

"Saya mengaku…. saya dedak, saya macai kepada Umno. Apa masalahnya? Jangan ditanya berapa saya dapat.. yang penting saya bukan munafik.

"Saya memang kritik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Beliau tidak jujur lagi-lagi dalam hal keluarga.

Klik untuk gambar besar


"Saya tak takut. Saya cakap benda betul. Kerana dia saya tak dapat apa-apa 'job'. Sebelum ini saya bersama dia berkempen. Tapi, apa saya dapat?

"Sebab tu saya sebak bila cerita kepada wartawan masa sidang media sebelum ini," kata selain menyatakan bahawa tindakan Azmin adalah melampau dan membuatnya tidak mampu berdiam diri lagi.

Walaupun begitu, Azwan berkata, apa yang diceritakan kepada umum adalah perkara benar tanpa berselindung.



"Selama bersama dia (Azmin), apa kerja yang saya dapat? Semua media banned saya. Sebab saya bersama pembangkang. Sekarang, saya tak boleh senyap lagi. Tindakan dia melampau," ujarnya.

Krisis adik beradik ini kembali hangat apabila Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Mohd Yunus dan mengkritik Azmin.

Persengketaan adik beradik ini bukan saja berlaku di antara Azmin dan juga Azwan malah turut melibatkan salah seorang lagi darah daging mereka iaitu Ummi Hafilda.

Sejauh mana Azwan Ali mampu mengubah landskap politik di Malaysia setelah menyertai UMNO tidaklah diketahui. Namun setiap individu yang menyertai politik pastinya mempunyai matlamat tersendiri.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro & Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: