10 December 2017

BUAT LAPORAN POLIS - BEKAS ISTERI DAKWA ADI PUTRA PALSUKAN SIJIL NIKAH


Pelakon Datuk Adi Putra, 36, didakwa oleh bekas isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 34, pernah membuat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara pada awal Januari lalu.





Berkaitan dengan perkara itu, Norshahida telah membuat dua laporan polis di Balai Polis Nilai pada 30 November lalu untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Norshahida, dia membuat laporan tersebut kerana bimbang jika namanya terpalit dalam sebarang urusan perniagaan yang melibatkan Adi Putra.

Beliau mendakwa, Adi Putra mengubah suai sijil nikah milik pelakon itu bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan namanya (Norshahida) di dalam sijil nikah tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Saya membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa itu disalah guna untuk tujuan lain," katanya.

Jelasnya, dia tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua tidak sah pada Julai lalu kerana bimbang berlaku pergolakan rumah tangga antara mereka berdua.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.


www.myartis.com / Sumber: Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: