10 December 2017

ISTERI ABAM - ACHEY & FAD DEDAH KENALI DI HARI PERNIKAHAN


"Kalau nak tahu, ini kali pertama kami berjumpa isteri Abam dan tak pernah tahu pun siapa wanita bernama Hidayah.





"Di hari pernikahan ini baru kami dapat kenal dan berjumpa secara berdepan dengan isteri Abam," dedah Achey Bocey mengenai rakan sekumpulannya, Abam yang terlalu berahsia dan tidak pernah memperkenalkan calon isterinya itu kepada mereka.

Pada 8 Disember lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Sementara itu, Fadzlie Nizam atau lebih dikenali Fad Bocey pula berkata Abam kerap kali meluahkan keinginan untuk berkahwin, namun niatnya itu masih belum kesampaian.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dan Fad mendedahkan mereka hanya mengenali identiti sebenar isteri Abam pada hari pernikahan berlangsung.

Klik untuk gambar besar


"Dia janji nak kahwin tapi selalu tak jadi, sampaikan kami pun tak tahu mana satu yang betul-betul akan jadi.

"Kali ini dia cakap nak kahwin dan kami kata tak nak tahu sebab takut tak jadi lagi. Alhamdulillah, akhirnya dia bernikah dan baru kami tahu siapa isterinya," ujarnya.

Bercakap mengenai sisi peribadi Abam, Achey memaklumkan temannya itu merupakan seorang lelaki yang sukar membuka hati kepada mana-mana wanita.

Oleh kerana itu, mereka berasakan Hidayah merupakan insan bertuah kerana berjaya mengetuk pintu hati Abam.



"Abam ni susah nak buka hati untuk seseorang. Apa yang boleh kami kata, Hidayah bertuah dan sememangnya layak untuk Abam.

"Semoga pasangan ini bahagia melayari alam rumah tangga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah," katanya.

Sebelum ini, Abam menjelaskan dia tidak mahu terlalu bercerita mengenai perkahwinan kerana bimbang ia tidak berlaku seperti diharapkan.

Justeru itu, pelawak yang juga pelakon ini lebih selesa tidak terlalu mendedahkan mengenai perkara tersebut dan memilih untuk mengumumkan apabila benar-benar sudah pasti.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: