10 December 2017

31 FOTO RESEPSI: "TAK RAMAI PEREMPUAN TAHAN, TAPI DIA SABAR" - TAUKE


"Saya bukanlah playboy atau nakal tapi cuma saya suka berkawan dan mencari keserasian. Sebelum berkahwin tentulah kita cari perempuan yang betul-betul serasi," ujar pelawak Tauke Jambu ,40 yang telah mengakhiri zaman dudanya.





Dalam pada itu, Tauke memberitahu kesabaran isterinya, Nadia Mohd Affendi, 28, sepanjang lima tahun mereka bercinta menunjukkan wanita itu adalah paling sesuai dijadikan teman hidupnya.

Tauke berkata, Nadia seorang wanita yang tabah terutamanya ketika hubungan yang mereka bina itu berhadapan dengan dugaan.

"Tidak ramai perempuan yang tahan dengan saya, tapi dia sangat sabar dan tahan dengan perangai saya yang nakal," katanya.

Semalam, Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria sah bergelar suami Nadia dalam sebuah majlis yang diadakan De' Laman Event Space.

Klik untuk gambar besar


Ia merupakan perkahwinan keempat buat Tauke, manakala perkahwinan pertama bagi Nadia. Hasil perkahwinan terdahulu, Tauke dikurniakan enam cahaya mata yang kini berusia 16 hingga 9 tahun.

Dalam pada itu, Tauke menyifatkan hubungan dia dengan isterinya itu seperti api dan air.

"Kegagalan hubungan sebelum ini kerana sikap masing-masing yang tidak mahu mengalah. Ia seperti api dengan api.

"Tapi bila dengan Nadia dia jadi seperti air dengan api, bila saya marah dia akan pujuk," tuturnya yang harap perkahwinan kali ini hingga akhir hayat.



Ditanya tentang perancangan keluarga, kata Tauke yang dia tidak merancang sebaliknya menyerahkan kepada rezeki yang diberikan oleh Allah taala.

Sementara itu, Nadia berkata, dia terpikat dengan sikap Tauke yang matang dan mudah dibawa berbincang.

"Dia seorang yang matang dan jika ada masalah dia akan bawa berbincang dengan baik. Pada saya komunikasi itu penting selain perlu percaya antara satu sama lain," ujarnya mengikat tali pertunangan dengan tauke pada Disember 2015.

Pasangan ini telah diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung malam semalam di lokasi yang sama.
























































www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: