13 December 2017

SUAMI BANYAK MEMBANTU - RAMONA ZAMZAM RASA SYUKUR


"Saya rasa macam tak percaya sudah ada 'baby doll' sendiri. Pengalaman melahirkan anak secara normal juga sesuatu yang menakjubkan, walaupun sakitnya masih terasa hingga kini.





"Namun, saya bersyukur suami sangat menyokong dan membantu. Sebelum memiliki anak, suami memang rajin membantu melakukan kerja rumah," kata pelakon Ramona Zamzam yang bagai masih tidak percayai dirinya kini sudah menjadi seorang ibu selepas hampir seminggu melahirkan anak sulung.

Pada masa sama, isteri kepada Rami Alashkar ini mengaku cukup bersyukur dengan fasa baharu yang dilalui, apatah lagi selepas bergelut selama tiga jam di bilik bersalin bagi menyambut kehadiran puterinya itu.

Klik untuk gambar besar


Ramona atau nama penuhnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 27, berkata dia sepatutnya bersalin pada 29 November lalu, tetapi si permata hatinya hanya melihat dunia buat kali pertama kira-kira seminggu selepas itu.

Bayi pasangan ini yang merupakan perempuan itu dilahirkan secara normal pada 7 Disember lalu kira-kira jam 3.23 petang.

Kata Ramona lagi, walaupun perlu bekerja keesokannya, Rami Alashkar tetap menolak biarpun dia menawarkan diri untuk membantu.



"Ada ketikanya, apabila saya kepenatan, dialah yang menukarkan lampin dan mendodoikan anak. Saya benar-benar bersyukur dengan bantuan yang diberi. Dia lelaki yang cukup memahami," tuturnya.

Ditanya mengenai nama yang dipilih buat permata hati sulung mereka, Ramona memberitahu, buat waktu ini mereka belum bersedia untuk mendedahkannya dulu.

Untuk rekod, Ramona dan Rami yang berasal dari Palestine berusia 29 tahun berkahwin pada 1 Mei 2015.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: