14 December 2017

ISU 'HILANG' - ASTRO NAFI FATTAH ENGGAN BERSEMUKA DENGAN NEELOFA


Sehingga kini isu pelakon Fattah Amin yang membatalkan kemunculan di MeleTop pada Selasa lalu itu masih hangat diperkatakan.





Perkara tersebut telah mencetuskan pergaduhan diantara peminat beliau dan Neelofa. Malah, ramai yang membuat spekulasi Fattah mengelak bersemuka dengan bekas kekasihnya itu.

Ingin meleraikan keadaan, pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal menafikan Fattah bersikap tidak profesional dan tidak mahu Neelofa kendali segmen pertama program MeleTOP.

Emarina berkata, Fattah sememangnya mempunyai urusan yang tidak dijangkakan dan terpaksa pulang beberapa minit sebelum program itu bersiaran secara langsung.

Klik untuk gambar besar


"Jika Fattah tak nak jumpa Neelofa, dari awal lagi dia tak datang dan terus balik sebaik saja selesai bersiaran bersama Hlive.

"Dia memang sudah bersedia di belakang pentas tapi beberapa minit sebelum kami nak bersiaran secara langsung, dia terpaksa pulang.

"Sebab ada urusan yang tidak dijangkakan dan tidak dapat dielakkan," kata Emarina berhubung isu hangat ini.

Mengikut perancangan awal, Fattah akan muncul bersama pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad bagi tujuan mempromosikan drama 'My Coffee Prince' lakonan mereka.



Tambah Emarina lagi, pihak dia berterima kasih kepada Fattah yang sanggup memandu kereta dari Kedah untuk memenuhi undangan bagi mempromosikan drama berkenaan.

"Kami ingin berterima kasih pada Fattah dan pihaknya yang sanggup memandu pagi-pagi dari Kedah untuk promosi drama terbarunya.

"Kalau diikutkan jadual Fattah sangat padat dan dia juga terpaksa membatalkan mesyuarat penting untuk hadir ke program yang sudah dijadualkan," ujarnya.



Dalam pada itu, pihak Astro juga memohon maaf mengenai status yang dimuatnaik di laman Instagram rasmi program tersebut sehingga menimbulkan perbalahan.

Menurut Emarina, segala kekeliruan antara pihak Neelofa dan Fattah sudah diselesaikan selepas tamat program tersebut.

"Kami mohon maaf sebab tidak nyatakan secara jelas mengenai situasi ketika itu. Fattah memang ada tapi dia tidak dapat hadir secara langsung.

"Kekeliruan antara pihak Lofa dan Fattah juga sudah selesai selepas program tamat bersiaran," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: