14 December 2017

PRODUKSI TUKAR RANCANGAN - FAHRIN TERPINGA-PINGA CARI FATTAH


"Dalam kesibukan itu saya naik ke pentas dan mencari-cari, Fattah sudah tiada. Saya juga terpinga-pinga kemana dia menghilang secara tiba-tiba," jelas pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad yang turut berada di lokasi MeleTOP pada Selasa lalu.





Fahrin memberitahu yang beliau juga merasa hairan apabila pelakon Fattah Amin hilang secara tiba-tiba dan hanya sedar ketiadaannya sebaik sahaja dia naik ke pentas set MeleTOP.

Kata Fahrin, pada awalnya dia dan Fattah sudah dimaklumkan pada sesi taklimat yang mereka perlu muncul pada segmen pembukaan rancangan itu tanpa adanya pengacara namun ia ditukar pada saat-saat akhir.

"Kami membuat persiapan untuk mengendalikan segmen pembukaan MeleTOP berdua(bersama Fattah) sahaja pada awalnya, namun pihak produksi membuat perubahan saat-saat akhir yang mana turut ada Neelofa dan Nabil.

Tambahnya lagi, dia terdahulu bersama-sama Fattah mempromosikan drama lakonan mereka dalam program Hlive! di lokasi yang sama sebelum ke program popular tersebut.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, Fahrin berkata, mujur dia seorang yang berpengalaman dan mampu mengendalikan situasi berkenaan secara bersendirian.

"Kami (Fahrin dan Fattah) sudah rancang apa yang masing-masing patut cakap tapi nasib baik juga saya sudah biasa bercakap dan tahulah apa nak cerita tentang drama itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Fahrin berkata, sehingga kini pelakon tersebut belum menghubunginya menjelaskan perkara berkenaan.

"Sejujurnya saya memang tidak tahu apa yang berlaku ketika itu, hanya pihak produksi yang tahu cerita sebenarnya," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: