14 December 2017

BEKAS ISTERI KEDUA BUAT LAPORAN POLIS: "ITU HAK DIA" - ADI PUTRA


Pada 30 November lalu, bekas isteri kedua pelakon Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, membuat dua laporan di Balai Polis Nilai dengan mendakwa Adi telah memalsukan sijil pernikahan mereka.





Bagaimanapun, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 36, ketika ditanya berhubung hal ini berkata yang bekas isterii keduanya itu berhak untuk membuat laporan.

Kata pelakon drama 'Dia', jika laporan tersebut sudah dilakukan, dia tidak akan berada pada malam ini (mungkin ditahan polis).

"Saya tidak ada komen. Saya adalah diri saya seperti mana umum kenal diri saya. Biarlah perkara itu berlalu dan itu hak dia. Kalau dah buat laporan polis, mungkin saya tak ada di sini dalam temu bual ini," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Menurut pelakon '1957 Hati Malaya' itu, dia menganggap apa yang berlaku adalah satu ujian hidup sahaja.

"Perkara ini saya anggap sebagai ujian dalam kehidupan. Bila diuji, ia bermakna Allah sayang kita," katanya.

Menurut Norshahida sebelum ini, Adi memalsukan sijil nikah mereka pada awal Januari lalu untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara.

Katanya, pelakon itu mengubah suai sijil nikah bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan namanya dalam sijil nikah tersebut.



Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Terdahulu pada 23 Mac lalu, Adi telah mengesahkan yang dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya. Dia membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram.

Adi dan Zuhaidah berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat bernama Zara Adelia yang kini berusia lima tahun. Dia kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida pada 20 Jun 2016.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: