14 December 2017

MUATNAIK STATUS - JIHAN SINDIR, SELAR FATTAH AMIN?


Menerusi laman Twitter semalam, pelawak, pelakon dan pengacara Jihan Muse telah tampil bersuara dengan menyelar sikap 'hero tidak bertanggungjawab yang disanjung peminat'.





Pedas juga gaya bahasa yang digunakan Jihan, mungkin tidak tahan agaknya dengan kontroversi panas yang meleret sepanjang hari.

Walaupun tidak menyebut nama 'hero' itu, tapi ramai mengandaikan individu terbabit, pelakon Fattah Amin. Nampaknya, makin parah isu Fattah yang tidak muncul di program MeleTOP.

"Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri.

Klik untuk gambar besar


"Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha," tulis Jihan.

Menurut kenyataan tersebut, Jihan mempersoalkan peminat fanatik pelakon berkenaan yang menyokong sikap tidak bertanggungjawab beliau sehingga menyusahkan kerja orang lain.

Selain itu, Jihan juga sempat memerli sesetengah pihak yang 'mengipas' pelakon itu. Bagaimanapun, tidak lama kemudian Jihan telah memadam status yang dimuatnaiknya itu.

Sehingga kini pun kami tidak pasti apa yang berlaku di set MeleTOP tempoh hari, tapi pastinya bukan kebetulan luahan hati Jihan dengan kejadian Fattah menghilang.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: