14 December 2017

BEG DICURI, ALIFF SYUKRI RUGI LEBIH 100K - NETIZEN ANGGAP IA PENGAJARAN


Semua pasti mengetahui yang usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri menjalani penggambaran muzik video 'Abang Nak Tegur' di Sepanyol.





Namun baru-baru ini, beliau menghadapi dugaan yang tidak disangka apabila beg sandangnya jenama 'salvatore ferragamo' dicuri dan menyebabkan jutawan kosmetik itu kerugian lebih RM100,000.

Aliff menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa sedih berikutan insiden tersebut dan ia adalah kenangan pahit dalam hidupnya. Malangya, Aliff tetap menjadi mangsa kecaman netizen.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata netizen menganggap apa yang berlaku kepada Aliff adalah pengajaran buat beliau yang sentiasa menayang kemewahannya.

Tidak dinafikan mungkin selepas ini Aliff harus lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian beliau di media sosial termasuklah kurang mempamerkan segala kemewahan yang beliau ada. Ia mengundang bahaya kepada diri sendiri.










www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: