15 December 2017

SELAMAT BERSALIN: "MASIH RASA KEKOK & LETIH" - SHIMA ANUAR


"Alhamdulillah selamat melahirkan bayi perempuan pada 12 Disember 2017 (Selasa) di Gleneagles, Kuala Lumpur. Saya dan suami sangat gembira. Syukur saya dan bayi dalam keadaan sihat. Semuanya berjalan dengan lancar.





"Cuma masih rasa kekok dan letih sikit sebab sekarang dah mula berjaga malam," kata pelakon Shima Anuar, 26, yang meluahkan rasa gembira apabila selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 8.10 pagi, Selasa lalu di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Tambah pelakon filem 'Highland Tower' ini, dia sangat bersyukur memiliki seorang suami yang banyak membantunya.

"Insya-Allah semua ok. Saya bersyukur suami pun banyak sangat bantu. Terima kasih banyak-banyak pada dia," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Berita gembira tersebut dikongsi oleh Shima di laman Isntagramnya dengan memuatnaik gambar kelahiran bayi sulung yang diberi nama Marian Sophia.

Dalam kapsyen tersebut, Shima mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dia sejak dari awal kehamilan sehingga waktu bersalin.

"Beautiful journey. Syukur Alhamdulillah everything went well. Welcome to the world our lil princess Marian Sophia Bt Mohd Solih. She was born on 12 December 2017 at 8.10am.



"Terima kasih atas doa anda semua dari sy pregnant sampai la sy nak bersalin. Much love! I'll share her picture later ok? 😉♐️," tulisnya.

Manakala di ruang komen pada gambar tersebut, ia dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Shima serta bayinya dalam keadaan sihat.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April lalu.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Shima Anuar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: