15 December 2017

SAFIEY ILIAS KINI JADI 'PEREMPUAN SEMULA'?


Menerusi laman Rotikaya, pihaknya telah menerima e-mail dari pembaca yang mengirimkan gambar terbaru usahawan kosmetik, Safiey Ilias bersama seorang lelaki kacak yang didakwa sebagai teman lelaki usahawan tersebut.





Komen yang diberikan orang ramai di media sosial rata-rata mempersoal kenapa Safiey Ilias kembali menjadi seorang 'perempuan' selepas drama perubahan dirinya untuk ke arah lebih baik setahun yang lalu.

Kami pun tidak pasti sama ada jejaka dalam gambar tersebut merupakan teman lelaki beliau atau sekadar teman — untuk publisiti melariskan perniagaan seperti didakwa sesetengah pihak.

Klik untuk gambar besar


Ada juga yang mendakwa gambar yang tersebar ini merupakan gambar lama namun ada pembaca yang mengesahkan mereka ada melihat gambar dan video yang sama dimuatnaik di akaun media sosial usahawan tersebut.

Mungkin Safiey Ilias ada penjelasan sendiri tentang perkembangan terbaru beliau ketika ini. Kita nantikan sahaja, mana tahu semua ini hanya eksperimen dirinya untuk menjadi yang lebih baik.











www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: