15 December 2017

ISU FATTAH AMIN - PRODUKSI MELETOP NAFI TUKAR RANCANGAN


Isu Fattah Amin yang menarik diri sebagai tetamu jemputan rancangan MeleTOP pada saat akhir itu telah menyebabkan aktor itu serta produksi MeleTOP dihimpit pelbagai spekulasi dan kecaman daripada netizen.





Walaupun Fattah belum memberikan apa-apa kenyataan, namun produksi MeleTOP menerusi akaun Facebook rasmi mereka tampil memohon maaf atas apa yang berlaku dan turut menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut pihak MeleTOP, susunan rancangan pada malam Selasa itu telah dipersetujui oleh semua pihak dan tidak timbul isu Fattah tiba-tiba tarik diri kerana enggan bersemuka dengan bekas kekasihnya, Neelofa sebagai pengacara rancangan tersebut.

Klik untuk gambar besar


Difahamkan, pengurusan Fattah iaitu Fastyle Asia juga memaklumkan artis mereka itu benar-benar ada urusan kecemasan sehingga meninggalkan set MeleTOP.

Kata mereka, Fattah meninggalkan set tersebut dalam keadaan tergesa-gesa sehingga pihak produksi terpaksa mengejar beliau untuk mendapatkan mikrofon yang masih melekat di badan Fattah.

Mereka juga sudah mengadakan mesyuarat dengan pihak Fattah dan akan menjawab segala persoalan tidak lama lagi.




www.myartis.com / Sumber: MeleTop Facebook


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: