16 December 2017

TAHNIAH - AMMAR TITAN KINI BERGELAR BAPA, TIMANG 'BABY GIRL'


"Saya gementar melihat darah, namun saya terpaksa kuatkan hati untuk memberi semangat kepada isteri yang bertarung nyawa melahirkan zuriat kami.





"Biarpun takut, saya tekadkan hati mengharungi pengalaman bermakna itu. Ia antara kenangan paling indah yang tidak mungkin saya lupakan dalam hidup.

"Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan bayi sihat," kata pelawak dan penyampai radio Hot FM, Ammar Titan yang masih tidak dapat melupakan pengalaman melihat isterinya, Amalina Jamil, bertarung nyawa melahirkan anak sulung mereka, kira-kira jam 10.17 malam kelmarin.

Ammar atau nama penuhnya, Azizul Ammar Abu Hassan, 29, berkata yang dia begitu berdebar sepanjang menemani isterinya sejak jam 5 petang sebelum bayi mereka dilahirkan secara normal dengan berat 2.26 kilogram.

Masih belum bersedia mengumumkan nama bayinya, Ammar berkata, tanggungjawab yang baru digalas itu juga membakar semangatnya untuk bekerja lebih keras kerana mahu memberikan yang terbaik kepada keluarga kecilnya.



"Sejak tiga bulan lalu, saya kembali diberi peluang ke udara di konti selepas lima bulan direhatkan. Sepanjang tempoh itu, saya banyak melakukan kerja di balik tabir seperti membuat skrip dan menyumbang suara latar.

"Alhamdulillah, saya kini semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik kerana tanggungjawab juga bertambah apabila dikurniakan anak," ujarnya.

Untuk makluman, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Amalina pada 1 April yang lalu di Dengkil, Selangor.

Ammar yang kini bertugas sebagai penyampai Hot FM menerusi segmen Jam Hot itu mula dikenali menerusi program Bintang Mencari Bintang.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: