31 December 2017

SUAMI DISERANG SAKIT JANTUNG - AMYZA AZNAN MOHON DOA


"Semalam hari Jumaat pada jam 5 petang, suami saya kena serangan jantung buat pertama kali dan sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang Puteri. Saya akui, saya lost tanpa dia.





"Terima kasih kepada kawan-kawan di set Mamu Mami Gosip yang sangat prihatin. Jangan risau, saya akan habiskan kerja saya. Ya Allah, jangan ambil dia. Permudahkanlah urusan kami hari ini dan seterusnya.

"Pada yang sudi, tumpangkan doa saya untuk suami saya ye," tulis pelakon Amyza Aznan di IG mengenai suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir yang diserang sakit jantung buat pertama kali sejak mereka berkahwin 13 tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Menurut Amyza, berdasarkan pemeriksaan doktor semalam terhadap suaminya, Khairil Izhar boleh pengsan pada bila-bila masa dan kemungkinan besar tidak boleh diselamatkan lagi.

"Bila doktor cakap begitu, saya sangat terkejut dan bersyukur kerana hanya Allah yang memanjangkan umur dia semalam.

"Sebenarnya dah sebulan dia batuk. Tapi semalam dia dah tak boleh tahan sebab dah sukar hendak bernafas. Jadi dia bawa sendiri kereta ke hospital.



"Bila sampai di hospital, doktor sendiri terkejut macam mana dia boleh bawa kereta sebab paru-paru sudah penuh air. Dia ibarat macam orang lemas," jelasnya kepada Utusan Online.

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 12, Adrian, 9, dan Ayden, 3 tahun.

Kami harap Amyza terus tabah menghadapi ujian Allah dan semoga suami beliau cepat sembuh.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Utusan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: