01 December 2017

TAHNIAH - FEEYA ISKANDAR UMUM HAMIL ANAK KEDUA


Menerusi laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua.





Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, tarikh yang sama pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura mengumumkan pertunangan mereka.

"Kalau Fattah dan Fazura dah sahkan mereka bertunang, ni Cikpiah pun nak sahkan juga yang sebenarnya Cikpiah mengandung lagi...

Klik untuk gambar besar


"So segala pertanyaan anda kenapa berisi? Sememangnya ada isi lah hahahaha. Jadi, doakan saja yang baik-baik. Push lagi," tulis Cik Piah di IGnya.

Rata-rata peminat mendoakan agar Cik Piah berada dalam keadaan baik sehingga selamat melahirkan anak kedua.

Feeya atau nama sebenarnya, Nor Shafiza Iskandar Azizan, 28 mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab, 30, pada Mei tahun lalu. Mereka dikurniakan anak pertama, Adam Malique yang dilahirkan pada 7 Februari lalu.










www.myartis.com / Sumber: Feeya Iskandar IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: