01 December 2017

ALIFF SYUKRI PELIK LAGU DUET BANYAK 'DISLIKE' - NETIZEN SALAHKAN SAJAT


Video lirik lagu duet usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dengan Nur Sajat bertajuk 'Abang Dah Tegur' yang dimuatnaik di YouTube pada 23 November lalu itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.





Baru-baru ini, Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya ada meluahkan rasa pelik dan kecewa mengapa jumlah 'dislike' lebih banyak berbanding jumlah 'like', sedangkan ia hanya sebuah video lirik.

Melihat pada ruangan komen di Instagram Aliff, rata-rata netizen berpendapat Nur Sajat adalah punca lagu tersebut tidak dapat menarik perhatian ramai.

Ketika artikel ini ditulis, video lirik 'Abang Dah Tegur' itu telah menerima lebih 960,000 tontonan.

Namun, jumlah like dan dislike mencatatkan perbezaan yang amat ketara, dengan jumlah dislike ketika ini mencecah 85,000, manakala jumlah like hanya 11,000 sahaja.

Klik untuk gambar besar


Dalam kemas kini status, pengasas jenama D'Herbs yang popular dengan panggilan Abang Terlajak Laris itu menyatakan rasa terkilan dengan situasi tersebut.

Video lagu terbitan KRU Muzik itu ketika ini berada di tangga kelima paling trending di YouTube Malaysia. Apa pula pendapat anda dengan lagu 'Abang Nak Tegur'?

Apapun, kami harap Aliff bersabar kerana bukan semua lagu boleh menjadi hits dan memikat hati pendengar dalam masa yang singkat lebih-lebih lagi Aliff dan Sajat baru berjinak dalam dunia nyanyian dan bukanlah penyanyi profesional.














www.myartis.com / Sumber: Aliff Syukri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: