22 January 2018
36 FOTO - SITI NURHALIZA NYANYI 'COMEL PIPI MERAH' DI MAJLIS ULANGTAHUN
Kira-kira jam 6.58 petang semalam telah berlangsung majlis ulangtahun kelab peminatnya, Sitizone yang ke-14 serta hari lahir penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang ke-39 yang diadakan secara sederhana tetapi meriah di Bizmilla Insya Hall.
Sempena hari istimewa itu, Siti telah melancarkan tabung kebajikan Sitizoner khusus untuk peminatnya yang kurang bernasib baik.
Siti berkata tabung berkenaan diwujudkan atas inisiatif beliau yang menganggap peminatnya sebagai darah daging sendiri.
"Siti sudah lama berhasrat untuk mewujudkan tabung kebajikan. Apabila berjaya digerakkan pula, sebelum ini ia cuma diumumkan menerusi laman Facebook peminat.
"Siti memilih untuk melancarkannya secara rasmi hari ini kerana kebetulan kami mengadakan acara perjumpaan dengan peminat. Insya-Allah, tabung ini akan terus diaktifkan secara berterusan," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Pada majlis itu, Siti turut menyampaikan sumbangan kepada peminatnya yang kurang bernasib baik, Irham Hafidz, Shaihanim Shariff, Zarina Omar dan waris kepada peminatnya di Indonesia yang baru meninggal dunia, Darjadi Duprayitno Dapat.
"Selain sumbangan yang diberikan secara peribadi, ia juga adalah hasil daripada wang penyertaan peminat ke majlis hari ini," katanya.
Pada acara itu juga, Siti secara eksklusif memperdengarkan lagu terbarunya, 'Comel Pipi Merah', kepada peminat.
Lagu berkenaan ialah karya dicipta khas untuk bakal puteri sulungnya yang dijangka dilahirkan pada Mac depan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, @rozisangdewi & #sitizoners
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment