22 January 2018

"CUKUP-CUKUPLAH HERET & AIB" - SAJAT AKUI KELUARGA TANGGUNG MALU


Kita semua sedia maklum bahawa isu jantina usahawan terkenal, Nur Sajat Kamarzaman menjadi perdebatan sehinggan ke hari ini.





Sajat meluahkan rasa pelik dan malu mengapa status jantinannya menjadi isu perdebatan dan meminta orang ramai berhenti bercakap mengenainya.

"Cukup-cukuplah mengheret dan mengaibkan narna saya. Kasihanilah keluarga saya yang terpaksa menanggung malu aklbat isu yang melanda ini.

"Kalau anda berada di tempat saya pasti anda juga tidak mahu perkara ini terus diperdebatkan dan menjadi isu besar," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menerusi laman Facebook juga, Sajat mempersoalkan tindakan orang ramai yang menjadikan jantinanya sebagai isu besar sedangkan mereka patut meningkatkan ekonomi sekarang yang makin teruk. Tambah Sajat, beliau hanya ingin membantu orang ramai menjana pendapatan lebih.

"Saya masih ada ibu bapa yang punya hati dan perasaan. Saya masih ada keluarga dan anak-anak yang perlu ditanggung. Saya di sini mahu membantu ibu tunggal serta masyarakat Melayu menjana pendapatan.

"Mengapa saya dilayan seperti badut sehingga nama saya dicalar sedemikian rupa. Saya sudah melakukan apa yang terdaya mengapa ia perlu menjadi isu besar," ujarnya yang mempersoalkan mengapa isi jantinanya menjadi perhatian sedangkan terdapat isu lain yang lebih penting seperti isu ekonomi.



Sebelum ini, wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan pertemuan dengan Sajat berkenaan jantinanya.

Ini setelah Sir Azri atau Papagomo membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir mengenai Sajat yang didakwanya seorang lelaki tetapi dibiarkan mengaku dirinya wanita sehingga mengelirukan umum.

Setelah itu, JAKIM masih belum mendedahkan hasil siasatannya, namun memberitahu akan mendedahkan identiti jantina Sajat setelah beberapa proses yang perlu dilakukan. Proses itu melibatkan banyak pihak dan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan.








www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: