22 January 2018

AZWAN KOMBOS & ISTERI KONGSI WAJAH ANAK, 'HARUM DALIA'


Selepas 44 hari isterinya, Ezzaty Abdullah berpantang, pelakon Azwan Kombos, 33, akhirnya berkongsi wajah terbaru anak sulungnya, Harum Dalia menerusi laman Instagramnya.





Rata-rata pengikutnya di laman sosial gembira dapat melihat wajah anak pasangan pelakon itu buat kali pertama.

Ruang komen di gambar tersebut juga dipenuhi dengan pujian terhadap wajah comel Harum yang dikatakan sama seperti bapanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Azwan pernah berkongsi gambar yang memperlihatkan wajah Harum di laman sosialnya namun dipadam atas nasihat keluarga.

Untuk rekod, Azwan dan Ezzaty berkahwin pada 16 Julai 2016 di Bentong dalam majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak dan rakan terdekat pasangan itu.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang dilahirkan secara normal pada 6 Disember tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: