21 January 2018

ISU GONCANG TANGAN: "TAK LOGIK IBU SAKITI ANAK SENDIRI" - SYATILLA


"Sebenarnya, tindakan saya menggoncang tangan Syeriv itu tidaklah kasar seperti yang disangka netizen.

"Kalau ada orang yang cakap tindakan itu menyakitkan anak dan menyebabkan tulangnya patah, tidak sama sekali kerana saya tahu apa yang saya lakukan," jelas pelakon Syatilla Melvin.





Syatilla berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dirinya yang menerima kritikan dan teguran daripada netizen gara-gara sebuah video yang dimuatnaik di laman Instagram anaknya, Syeriv Samheizy baru-baru ini.

Video klip berdurasi selama 25 saat ini telah mengundang perbalahan dalam kalangan netizen kerana ada segelintir daripada mereka kurang bersetuju dengan tindakan Syatilla yang menggoncang tangan anaknya itu.

Kata sebahagian netizen, meskipun ia sekadar gurauan antara seorang ibu dengan anak tetapi perbuatan tersebut dilihat agak kasar dan bahaya bagi keselamatan kanak-kanak seusia Syeriv.

Klik untuk gambar besar


Syatilla yang juga merupakan isteri kepada aktor terkenal tanah air, Shaheizy Sam itu turut berkongsi rasa dan perasaan bergelar seorang ibu yang tidak mungkin mahu menyakiti insan tersayang.

"Ibu mana yang tidak sayangkan anak, malah Syeriv adalah nyawa bagi saya. Kalau difikirkan semula, tidak logik bagi seorang ibu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti anak sendiri.

"Saya akui memang seorang yang kasar tetapi tidak dengan anak kerana dia masih kecil dan tidak mungkin untuk saya menyakitinya," ujar Syatilla yang turut memberitahu Syeriv masih belum menjengah usia satu tahun.



Pelakon yang pernah membawa watak antagonis dalam drama 'Ramadan Yang Hilang' itu dilihat tidak mudah melatah dengan situasi berkenaan dan sentiasa berfikiran positif.

"Saya tidak langsung menyimpan perasaan marah kepada netizen yang membahas video berkenaan, sebaliknya menghargai pandangan mereka.

"Bagi saya, netizen menegur kerana mereka mengambil berat dan sayangkan anak saya. Terima kasih kerana bukan semua orang berkesempatan ditegur begitu," katanya dengan penuh kesungguhan.


www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: